hai2..thnks yang sudi jengok~pape pun ja nk kasi tahu pasal cerita aku bukan dia..ceritanya akan terus bersambung tapi bergantung pada masa yang terluang~

cerita 1


Kisah kita

Cerita ini tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Watak dan jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata.
Cerita bermula dengan pertemuan dua hati yang inginkan kebahagian hingga hujung nyawa.
Pertemuan kali pertama sewaktu ingin menuntut ilmu hanyalah sebagai teman biasa
Tanpa di duga….
Sahabat menjadi cinta sejati….
Namun..kebahagian bukan milik rabiatul dan aiman..
Bahagia yang bersulam ketakutan bukan yang diingin setiap pasang hati.
Keresahan di mata rabiatul mencurigakan aiman
Maka…ternyatalah satu kenyataan yang dirahsiakan
Tiada lagi kesucian di dalam diri rabiatul
Walau bagaimanapun.. cinta aiman bergitu kukuh..
Kekurangan bukan halangan untuk dia curahkan kasih buat gadis secantik rabiatul
Cinta mereka benar ikhlas..
Tidak pernah sesekali mereka berjumpa tanpa perkara yang amat penting..nasihat menasihati menjadi  pengukuh hubugan itu..
Tanpa di duga…rabiatul terpaksa meninggalkan aiman demi rahsia yang masih belum sedia di nyatakan..
Aiman tetap setia..
Tidak sanggup bagi rabiatul untuk biarkan aiman terus menaruh harapan..
Hanya satu jalan……
Membiarkan rase benci hadir dalam diri aiman untuknya..
Dimiliki lelaki lain menjadi aiman menyimpan rase dendam untuk rabiatul.. “sampai mati aku takkan terima wanita sehina kau”
Aiman,lelaki yang begitu teguh..tidak jatuh imannya kerana ditinggalkan seorang perempuan walaupun jauh di sudut hatinya terluka..kerana Allah..aiman tetap teguh meneruskan hidupnya..
Setelah beberapa tahun..shila,shabat karib rabiatul menghulurkan sepucuk surat  kepada aiman..hanya dengan sehelai surat  itu yang mampu menjelas apa yang kabur..
Assalamualaikum
Buat  yang di kasihi..maafkan saya awak..tidak mampu  untuk saya jelaskan dahulu dihadapan awak kerana tidak sanggup untuk saya nyatakan…saya malu atas dosa-dosa saya yang lepas..
Kehadiran awak cukup bermakna..namun begitu..cukup terlambat untuk kita bersama.. dua tahun sebelum kehadiran awak dan seminggu selepas kesucian saya diragut tanpa rela..tidak bermakna lagi hidup saya..hidup saya bagai layang2 yang terputus talinya.
Membiarkan diri saya menjadi boneka terhadap lelaki sebagai hukuman dari saya ke atas diri saya sendiri…kerana saya lupa..ada yang lebih berkuasa…
Selepas kehadiran awak..hidup saya kembali ke jalanNYA…sungguh indah..namun.. tidak sampai dua  minggu kita bersama..saya telah mengidap  kanser servik..
pada mulanya saya sangkakan masih belum terlambat..rupa2nya…sel2 barah telah merebak ke seluruh sistem darah saya…hanya kekesalan yang mengiringi hari2 terakhir saya…
saya bersyukur telah bertemu dengan awak sebelum ujian ini melanda…awak banyk menyedarkan saya .
hanya seribu kemaafan yang saya pohon..SALAM TERAKHIR..

Sejurus menjawab salam terakhir itu..air mata yang tertahan jatuh kebumi..
Dimana rabiatul????
“Biarlah dia pergi dengan tenang..jgan di tangisi lagi….” Shila terus berlalu kerana tidak sanggup mengingati sahabat karibnya itu…
Aiman terduduk…hanya nama Allah yang mampu di sebutnya..kesal dalam dirinya kerana berdendam dengan wanita dicintai yang langsung tidak bersalah..