Aku
Bukan
Dia
Wan hainizah osman
01012012
Slip peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dipegang Nia Nabila tidak dilepaskan sejak pulang dari sekolah.Perasaan gembira yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata terpendam di dalam hatinya.dengan keputusan 5A ibu bapanya berharap dia akan meneruskan pelajaran kesekolah asrama penuh seperti kakak sulongnya , Mia Sarah.Mia Sarah merupakan satu-satunya sumber inspirasi nia untuk terus berjaya sepertinya.
“baju dah..kain dah..apa lagi ni??”rungut nia yang berkobar-kobar untuk memasuki sekolah berasrama penuh
“dah la tu..kalau ada yang tertinggal nanti mak akan suruh ayah hantarkan..jangan risaulah sayang..yang penting peralatan belajar tu dah cukupkan.”balas sambil memeluk anak bongsunya itu.
Nia hanya tersenyum walaupun difikirannya masih takut untuk melangkah masuk ke asrama. Nia bukan seorang budak yang manja kerana sejak kecil nia lebih banyak meluangkan masa bersama ayahnya pergi memancing dan masuk ke hutan sebaliknya kakaknya mia lebih banyak habiskan masa di dapur dan belajar.namun begitu ibubapanya tidak pernah membezakan kedua-dua anak mereka itu.mereka dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh , segala keperluan disediakan dihadapan mata.Ayah nia merupakan seorang pengarah syarikat yang besar.
“assalamualaikum..nama saya nia nabila bt azman.. saya mendapat 5a”sedikit pengenalan dirinya dalam sesi pengenalan pelajar tingkatan satu didewan besar sekolah.
“owh...ini anak tuan azman yang selalu memberi sumbangan kepada sekolah kita tu kan?”soal cikgu yang menyelaraskan program tersebut.
Nia hanya mengangguk dan senyum.jauh di sudut hati nia,dia kurang selesa jika dia sering dikaitkan dengan ayahnya itu.dia takut jika dia tidak dapat menjaga nama baik ayahnya itu.nia kembali ke tempat duduk.
“baiklah kamu semua boleh pergi rehat.tepat pukul 10.50 kamu semua dikehendaki berada didataran hadapan dewan sekolah”
Nia berlari tergesa-gesa ke tandas kerana perutnya memulas-mulas.dek kerana tandas dewan sekolah yang terkunci nia terpaksa menuju ke tandas asrama kerana nia belum menguasai kawasan sekolahnya yang luas itu.
No comments:
Post a Comment